Make your own free website on Tripod.com
 

Kandungan Laman  http://satubestarismkadg.tripod.com/

 
  Sekapur Sirih Ketua Kelas     Seulas Pinang  Guru Tingkatan Iklim Kelas  
  Ahli Kelas Carta Organisasi Koordinat Kelas Jadual Bertugas  
  Guru Yang Mengajar Aktiviti  Kelas Pencapaian Ahli Album  
  Semakan Online Portal Pendidikan Bank Soalan Laman Pelbagai  

Sekapur Sirih daripada Ketua Kelas Satu Bestari 2005

    

Wan Mohd Syamil  bin  Wan Aznan

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera  kepada semua  pengunjung laman ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman selaku Penasihat Laman ini kerana memberi peluang kepada saya memperkatakan sepatah dua buat tatapan dan renungan semua. 
 
Pembikinan sesebuah  laman secara siber memang menjadi  idaman kepada semua orang, maklumkan dengan adanya laman seperti ini , pelbagai lapisan masyarakat dapat mengetahui latar belakang dan perkembangan kita.  Saya sebagai ketua kelas ini berasa amat bangga kerana kelas ini berjaya menghasilkan sebuah laman webnya sendiri dan saya kira laman ini merupakan laman yang pertama di sekolah ini yang  dihasilkan oleh  ahli-ahli  dalam  sebuah kelas. 

Dalam menjayakan laman ini, kami  bersama-sama menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Kami semua berasa bangga kerana dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman siber dengan rakan-rakan kami di seluruh dunia. Laman ini merangkumi kegiatan ahli-ahli kelas kami, kejayaan kelas  iklim kelas dan lain-lain. Dengan bimbingan daripada guru kelas kami  Pn. Rohaida binti Mohd ,  kelas kami  berupaya menjadi contoh kepada rakan-rakan daripada kelas-kelas yang lain. 

Akhir sekali  saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman dan Guru Kelas kami kerana jasa dan sumbangan terhadap kelas kami selama ini. Selamat Meneroka laman ini. Selamat Maju Jaya.

Salam Hormat daripada


Wan Mohd Syamil  bin  Wan Aznan
Ketua Kelas Satu Bestari SMK(A) Durian Guling 2005
syamilsmkadg@yahoo.com/
 

Balik ke Muka Depan