Make your own free website on Tripod.com
 

Kandungan Laman  http://satubestarismkadg.tripod.com/

 
  Sekapur Sirih Ketua Kelas     Seulas Pinang  Guru Tingkatan Iklim Kelas  
  Ahli Kelas Carta Organisasi Koordinat Kelas Jadual Bertugas  
  Guru Yang Mengajar Aktiviti  Kelas Pencapaian Ahli Album  
  Semakan Online Portal Pendidikan Bank Soalan Laman Pelbagai  

Ucapan Perasmian Laman Satu Bestari  30.8.2005

    

Pn. Hjh. Zakiah binti Salleh - Pengetua SMK(A) Durian Guling

Alhamdulillah  bersyukur  saya  ke hadrat  Illahi kerana  diberi  kesempatan  kepada  saya  untuk memberi  sepatah dua kata  dalam Laman Web  Satu Bestari SMK(A) Durian  Guling   tahun  2005.  Laman ini merupakan laman  kelas yang pertama di sekolah ini. Saya difahamkan bahawa kandungan laman ini berkisar  perihal  aktiviti dan perkembangan kelas  ini sepanjang tahun  2005
 

            Saya  mengucapkan  Syabas  dan Tahniah  kepada  Ketua Kelas dan ahli-ahli kelas ini kerana  mengambil  inisiatif untuk membina  laman  mereka sendiri. Saya  tahu disebalik  usaha-usaha murni ini tentu ada tenaga kuat di belakang mereka ini. Saya juga mengucapkan  ribuan terima kasih kepada Guru Kelas Satu Bestari iaitu Pn. Rohaida binti Mohamad dan juga Penasihat laman ini Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman yang telah bersusah payah membantu ahli- ahli kelas ini menyiapkan laman seumpama ini. 

            Dengan  munculnya  satu laman  yang  berinformasi  ini. dapat  membuka  dimensi  baru  dalam  dunia IT  di  SMK(A) Durian  Guling  yang mana  laman  ini  merupakan laman  yang membicarakan tentang kegiatan dan perkembangan kelas di SMK(A) DG .  Laman  ini  amat  berguna  kepada  semua pelajar / unit kelas  kerana  laman ini  menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan hal-hal pengurusan kelas dan  ia  kana menjadi contoh  kepada unit-unit kelas yang lain.  Kemahiran membina laman ini harus diperluaskan  kepada bidang-bidang lain pula selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan generasi  yang maju dan mahir IT 
" Islam Hadhari Terengganu  Bestari "

        
Akhir kata  saya  mengucapkan   Syabas  dan  Tahniah   sekali lagi kepada  Jawatankuasa  Kelas Satu Bestari, Guru Kelas, dan Guru Penasihat laman kerana telah berjaya menyiapkan laman yang seumpama ini.  Sesungguhnya  kerjasama. komitmen  yang  tinggi  dan  semangat  berpasukan  sebenarnya  merupakan  nadi kecemerlangan kelas ini  bersesuaian  dengan  slogan  ' MURID  MEMBUAT GURU MEMBIMBING  "
SMK(A) DG JUARA " Saya dengan lafaz yang mulia merasmikan laman  Web Satu Bestari  2005   http://satubestarismkadg.tripod.com/ 

Sekian, Salam hormat daripada saya.

ZAKIAH BINTI SALLEH
Pengetua SMK(A) Durian Guling
30.8. 2005

Balik ke Muka Depan

 

Tarikh  Perasmian         :    30 Ogos 2005 ( Selasa ) -  Oleh  Pengetua SMK(A) DG
Masa                                 :    12. 30 tengah hari 
Tempat                             :    Makmal  Komputer  SMK(A) Durian Guling
Kehadiran                       :     Yang diPertua PIBG, Penolong Kanan , Penolong Kanan HEM,
                                                 PK Kokurikulum, Ketua-ketua Bidang, Penasihat Laman,
                                                 Penyelaras  ICT , Guru Kelas Satu Bestari dan  ahli-ahli kelas.